Tuesday, October 27, 2009

Ringkasan Tajuk Bab1: Pengenalan Kepada Ekonomi

Jenis- jenis barang
*barang ekonomi - cth: kereta
*barang percuma - cth: cahaya matahari
*barang awam - cth: lampu jalan raya, tentera , bomba)

Masalah-masalah ekonomi
*kekurangan
*pilihan
*kos lepas

Masalah asas ekonomi
*Apakah barang yang hendak dikeluarkan?
*Berapakah banyak barang yang hendak dikeluarkan?
*Bagaimanakah barang itu hendak dikeluarkan?
*Untuk siapa barang itu dikeluarkan?

Sistem-sistem ekonomi
*sistem ekonomi kapitalis
*sistem ekonomi perancangan pusat
*sistem ekonomi campuran
*sistem ekonomi islam

Saturday, October 24, 2009

Ekonomi Asas

Pendahuluan

Ekonomi Asas adalah satu mata pelajaran elektif untuk tingkkatan 4 dan 5. Kurikulum Ekonomi Asas digubal dengan tujuan memberi murid pemahaman mengenai prinsiip asa ekonomi bagi membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan yang akan membentuk masa depan. Melalui mata pelajaran ini, murid dapat memahami masalah yang berpunca daripada sumber terhad dan membuat pilihan yang rasional tentang penggunaannya dan juga dapat membanntu individu memainkan peranan sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam masyarakat.



Maklamat  

Membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi di samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotik supaya mereka dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertannggungjawab.
 

Visi

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM dari aspek kualiti dan kuantiti. Seterusnya melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan ekonomi, dan berupaaya mengaplikasikanya dalam kehidupan dengan bertannggungjawab.


Misi

  • Semua pelajar dapat mengaplika sikan setiap pengetahhuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam mata pellajaran Eko nomi Asas dalam kehidupan mereka.
  • Meningkatkan peratus kelulusan SPM sekurang-kurangnya 2 peratus setiap tahun.
  •  Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat 1A dan 2A dalam mata pelajaran Ekonomi Asas.

Objektif

  • Memahami konsep dan prinsip asas ekonomi.
  • Menghubungkait konsep dan prinsip asas ekonomi dengan kehidupan seharian 
  • Mengenalpasti dan prihatin tterhadap masalah dan isu ekonommi semasa.

Kerjaya

  • Business Study
  • Marketing
  • Perakaunan
  • Financial / Kewangan
  • Banking / Perbankan 
  • Perguruan
  • Ekonomi
  • Insurans